Sunday 18 January 2015

Kedah umum 3 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam




Kerajaan negeri Kedah mengumumkan 3 Februari sebagai cuti peristiwa di negeri itu sempena sambutan Thaipusam oleh masyarakat India. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2015.

Kerajaan Kedah mengumumkan 3 Februari depan sebagai cuti peristiwa di negeri itu sempena sambutan Thaipusam oleh masyarakat India.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu dipersetujui oleh mesyuarat exco kerajaan negeri yang berlangsung hari ini.
"3 Februari yang jatuh pada hari Selasa merupakan cuti peristiwa sempena Thaipusam. Ia (pengumuman) amat dinantikan oleh masyarakat India di Kedah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Wisma Darul Aman. 
Beliau berharap pihak swasta akan turut sama mengikut keputusan yang kerajaan negeri.





No comments:

Post a Comment